5. NAMA JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI UNDANG – UNDANG
GRED L29 (TETAP)
Gred dan Jadual Gaji L29 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM 1,773.00 RM 5,674.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29:RM1,773.00); atau
iv. Diploma Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29:RM1,847.86).
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.