/

PEREKA

KLANG, MALAYSIA

          NAMA JAWATAN                           :           PEREKA GRED B31 (TETAP)

            Gred dan Jadual Gaji B31          :           GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                              RM2,851.00                          RM6,263.00

            Imbuhan Tetap Khidmat Awam       :           RM160.00      

            Imbuhan Tetap Perumahan            :           RM300.00

            Bantuan Sara Hidup                      :           RM350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                 :           RM155.00      


            SYARAT-SYARAT LANTIKAN:   

(a)       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

            i.    Warganegara Malaysia;

           ii.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

       iii.   Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis                dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. 

        iv.    Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi                                 tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 

                 (Gaji permulaan ialah pada Gred B31: RM2,851.00)

(b)    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil                     Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.