/

PEMBANTU PENILAIAN

KLANG, MALAYSIA

3.         NAMA JAWATAN                         :     PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 (TETAP/KONTRAK)

 

            Gred dan Jadual Gaji W19           :      GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                           RM 1,353.00                           RM 4,005.00


            Imbuhan Tetap Khidmat Awam     :        RM 115.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan           :        RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                      :        RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                 :        RM 100.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

(a)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

        i.    Warganegara Malaysia;

        ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

        iii.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut 
              (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00) atau

       iv.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
             yang diiktiraf setaraf dengannya;

             (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40) atau

       v.   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
             yang diiktiraf setaraf dengannya;

             (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

(b)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
        Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.