/

PEMBANTU KEMAHIRAN

KLANG, MALAYSIA

5.         NAMA JAWATAN                          :     PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (TETAP)

 

            Gred dan Jadual Gaji H19             :      GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                            RM 1,377.00                           RM 4,052.00

            Imbuhan Tetap Khidmat Awam     :         RM 115.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan          :         RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                     :         RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                :         RM 100.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

(a)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

        i.    Warganegara Malaysia;

        ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

        iii.  Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

             (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00) atau

      iv.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
            yang diiktiraf setaraf dengannya;

            (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12) atau

      v.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh 
           Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

           (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12) atau

    vi.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
          yang diiktiraf setaraf dengannya;

          (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24) atau

   vii.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
          Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

          (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24)

(b)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
       Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.