/

PENOLONG ARKITEK LANDSKAP

KLANG, MALAYSIA

NAMA JAWATAN                          :     PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29 (TETAP)

Gred dan Jadual Gaji JA29           :      GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                            RM1,549.00                           RM5,701.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam       :     RM160.00    

Imbuhan Tetap Perumahan            :     RM300.00

Bantuan Sara Hidup                       :     RM300.00

Kenaikan Gaji Tahunan                  :     RM145.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN: 

(a)    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

          i.   Warganegara Malaysia;

          ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

          iii.  Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

               (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00)

                atau

          iv.   Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

                (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02)

(b)    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional    
         Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.