/

PEMANDU KENDERAAN

KLANG, MALAYSIA

7.         NAMA JAWATAN                          :     PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (TETAP)

 

            Gred dan Jadual Gaji H11             :     GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                           RM 1,218.00                           RM 2,939.00

            Imbuhan Tetap Khidmat Awam     :        RM   95.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan           :       RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                      :       RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                  :       RM   80.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

(a)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

        i.    Warganegara Malaysia;

        ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

        iii.  Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

        iv.  Lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

         v.  Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

     
      Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

  • Lesen D                :     RM1,264.15

  • Lesen E/E1/E2     :      RM1,310.30

  • Lesen F/H             :      RM1,356.45

  • Lesen G/I              :      RM1,402.60

(b)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian
        Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.