NAMA JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29 (TETAP)
Gred dan Jadual Gaji KP29 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM1,493.00 RM5,696.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM350.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau
iv. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95);
(b) Mempunyai syarat-syarat ujian fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Keutamaan kepada calon lelaki sahaja.