/

PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

KLANG, MALAYSIA

1.         NAMA JAWATAN                         :    PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29 (TETAP)

            Gred dan Jadual Gaji KP29          :    GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                         RM 1,493.00                           RM 5,696.00

           

            Imbuhan Tetap Khidmat Awam     :    RM 160.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan          :    RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                     :    RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                 :   RM 145.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN: 

(a)    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

         i.    Warganegara Malaysia;

         ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

         iii.  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

         iv.   Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

               (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95);


(b)    Mempunyai syarat-syarat ujian fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

        i.    Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

        ii.   Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;

        iii.  Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

        iv.  Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

        v.   Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

        vi.  Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

        vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(c)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia            atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

(d)   Keutamaan kepada calon lelaki sahaja.