/

PEMBANTU PENGUATKUASA

KLANG, MALAYSIA

2.         NAMA JAWATAN                          :     PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19 (TETAP/KONTRAK)

            Gred dan Jadual Gaji KP19           :     GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                            RM 1,360.00                           RM 4.052.00


            Imbuhan Tetap Khidmat Awam      :       RM 160.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan           :        RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                      :        RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                 :        RM 100.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

(a)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

        i.    Warganegara Malaysia;

        ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

        iii.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

              (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00);


(b)    Mempunyai syarat-syarat ujian fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

        i.    Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

        ii.    Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

        iii.   Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

        iv.   Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

        v.    Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

       vi.    Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

       vii.   Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(c)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
       Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 

(d)   Keutamaan kepada calon lelaki sahaja.