NAMA JAWATAN : PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (TETAP)
Gred dan Jadual Gaji JA29 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM1,549.00 RM5,701.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM350.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00)
atau
iv. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02)
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.