1. NAMA JAWATAN : ARKITEK LANDSKAP GRED J41 (TETAP)
Gred dan Jadual Gaji J41 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM 2,529.00 RM 9,643.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 300.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.