/

PEMBANTU PENGUATKUASA

KLANG, MALAYSIA

 10.      NAMA JAWATAN                           :           PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19 (KONTRAK)

 

            Gred dan Jadual Gaji KP19           :           GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                                 RM 1,360.00                           RM 4,052.00

            Imbuhan Tetap Khidmat Awam       :           RM 115.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan            :           RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                       :           RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                  :           RM 100.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

 (a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

       i.   Warganegara Malaysia;

       ii.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

       iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.     

           (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); dan

 (b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:   

      i.  Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;    

     ii.  Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

    iii.  Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;    

    iv.  Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

    v.   Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; 

   vi.   Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan    

  vii.   Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

 (c)   Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
        yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.