/

PEMBANTU JURUAUDIT

KLANG, MALAYSIA

NAMA JAWATAN                           :           PEMBANTU JURUAUDIT GRED W19 (KONTRAK)

Gred dan Jadual Gaji W19             :           GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                   RM1,353.00                          RM4,005.00

Imbuhan Tetap Khidmat Awam        :           RM115.00     

Imbuhan Tetap Perumahan             :           RM300.00

Bantuan Sara Hidup                        :           RM350.00

Kenaikan Gaji Tahunan                   :           RM100.00     

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

(a)       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

             i.   Warganegara Malaysia;

             ii.   Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

             iii.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;

                  (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00)

                   atau

             iv.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) 
                  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

                  (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)

                  atau

            v.  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
                 yang diiktiraf setaraf dengannya;

                (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40)

                atau

           vi.   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
                  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

                  (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

                  atau

          vii.   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
                  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

                  (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80)

(b)        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional 
             Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.