/

PEMBANTU KESELAMATAN

KLANG, MALAYSIA

  11.    NAMA JAWATAN                           :           PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19 (KONTRAK)

            Gred dan Jadual Gaji W29             :           GAJI MINIMUM                    GAJI MAKSIMUM

                                                                                    RM 1,360.00                         RM 4,052.00

            Imbuhan Tetap Khidmat Awam       :              RM 115.00    

            Imbuhan Tetap Perumahan             :              RM 300.00

            Bantuan Sara Hidup                        :              RM 350.00

            Kenaikan Gaji Tahunan                   :              RM 100.00    

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:  

(a)       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

            i.       Warganegara Malaysia;

            ii.      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

            iii.     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.     

                     (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau    

           iv.      Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut                         serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.     

                    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau      

          v.        Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan                           yang diiktiraf setaraf dengannya.     

                     (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau     

        vii.       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan                            yang diiktiraf setaraf dengannya.     

                   (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

(b)       Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:   

            i.         Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;    

            ii.        Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

            iii.       Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI)  di antara julat 19 hingga 26;    

            iv.       Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas  (lelaki sahaja);

             v.       Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; 

            vi.       Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan    

           vii.       Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

(c)       Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat               Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d)       Keutamaan bagi bekas anggota polis atau tentera yang berumur 35 tahun dan ke atas.