9. NAMA JAWATAN : AHLI MUZIK GRED B19 (KONTRAK)
Gred dan Jadual Gaji B19 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM 1,360.00 RM 4,032.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
vi. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.